we colour our life

we colour our life

Thursday, December 9, 2010

what is it i'm thinking actually..adakah aku tak bersyukur??

hmmm.... already arrived in kuantan... for 3rd year intensive clinic, while the class will start soon by 13 of Dec...  sepatutnye intensive clinic start smlam (8 Dec 2010) but athirah just go back from K.L at 10 o'clock in the morning (9 Dec 2010), dan hanya berkesempatan untuk ke clinic at 2pm until 5. saat tibanya di clinic, hati meronta-ronta taknak masuk.. tunggu kat sofa luar tu about 15 minutes sementara mencari kekuatan untuk melangkah..

ok, sebelum bercerita dengan lebih lanjut... keadaan AtHiRaH sekarang ni sangat la rasa berkecamuk, gaya putus harapan dan perasaan nak marah pada diri sendiri ada jugak... have been thinking a lots lately... rasa macam nak migrain je pikir banyak-banyak.. (ada orang suruh pikir macam-macam ke teerah?? xde kan, sendiri cari penyakit) well, nak buat mcam mane, dilahirkan sebagai seorang yang suka berfikir lalu suka memenatkan kepala otak sendiri.. critical thinker la katakan..poyos jek.. Pikir apa???? macam-macam.. semua soal masa depan la ni..

Apakah masa depan itu??? either want to be an optometrist or not.... itulah yang bermain di kepala ini since 2 weeks ago.. sebenarnya da lame da pikir benda ni.. since short sem lagi, suka termenung pasal benda ni.. and this is the second time feeling of give up and feel like quitting.. rasa macam nak je bagitau kat HOD,, sir me dont want to do this anymore, can i just send surat berenti to the Kulliyyah... kalau buat macam tu, confirm after this kene hantar kepada kaunselor untuk dikaunselingkan, brainwash guna clorox + hidrocloric acid..  gaye macam pelajar bermasalah jek, trouble maker...  ntahla sejak bila perasaan ni muncul... rasanya selepas i have to repeat all subjects for the semester that i took study leave because of muntah-muntah... (gastritis ok, salah faham pulak nanti) sangat la rase tak berdaya apabila setiap sem kene buat additional subject.. yela, orang lain da abis subject2 tu, so buat la sorang-sorang.. macam last semester, when the rest of my classmate taking 16.5 credit hour, but AtHiRah had to take 24 credits..  sangat la banyak kot.. dan result pun telah diumumkan, sangat la menyedihkan melihat macam-macam alphabet ade pada slip result tersebut..lagi terase DOWN yang amat dan kalau boleh nak lari ke BULAN jek.. 

banyak sebab yang buat aku rasa down and hilang terus minat dan cintakan optometri ni..
1. da terasa penat yang amat sangat untuk buat additional subject every sem
2. terasa usaha selama ni sia-sia je.. (nak kate tak practice clinic or dispensing, muka i ni selalu je ada kat lab2 dan clinic, assignment pun da buat yang buat yang terbaik and punctual)------>masuk troli tolak sendiri...
3. i dont like cutting spec
4. i'm not good enough dealing with patient (kurang sabar dan tanggungjawab terhadap patient itu amatlah berat, lack of confident)
5. not my passion to be in medical or science stream from the early beginning..

dan akibat dia, rebell la apa lagi.. rebellious AtHiRah (fact yang orang taktau selama ni).. tadi pun, dalam perjalanan drive macam bawak Evolution jek... tekan minyak gaye tak sedar diri ke apa.. dari 120, 130 dan 140, konon nak sampai dalam 12.30....(kau gila ke teerah)..seriously tak sedar plus jalan yang lengang..  lepas tu, terus berhati-hati.. taknak da lalui kejadian itu..  then, bila da sampai kat clinic at 2pm, teragak-agak nak masuk.. dengan masuk ke clinic, maka aku akan mulakan sem baru, 3rd year 2nd sem 10/11.. rase trauma pun ada.. sama trauma macam masa accident dulu.. kalau dulu nak hilangkan tarauma, it took about 1 and half month tak pegang stereng langsung dan takut nak naik kereta.. but now trauma yang dirasai tak sempat pun lagi nak dihalau ke mana-mana.. tapi akhirnya.. tolak jugak pintu kaca IIUM Optometry clinic tersebut....well, times up for you to think further... masuk jugak la, dengan muka toya seposen..  aku tak buat apa-apa pun masuk clinic tu.. orang lain sibuk practice refraction la, fundus camera la, humphrey la...(dalam hati berkata.. lantak korang la nak buat ape..malas nak ambik port)..  berlegar-legar sambil membuang masa sampai kul 5...

ok now.. AtHiRaH, sekarang cuba pikir balik, bukak mata hati tu.. dah dah la perangai buruk macam tu.. dapat apa kalau rebel?---> (kepuasan diri sendiri) cuba duduk diam-diam dan banyakkan istigfar... sebenarnya sendiri yang tak bersyukur AtHiRaH.. berebut-rebut orang nak ambik optometry, senang dapat keje, gaji pun tinggi dan dapat belaja kat tempat yang indah permai ni... (erk..., boring jugak kat hutan ni kadang2) pastu ramai lagi kat luar tu yang nak belajar tapi mungkin tak mampu dari segi kewangan.. kau macam-macam ada, nak apa semua dapat,kan.. tak bersyukur lagi ke..

yela, mungkin diri sendiri yang tak mampu hadapi kenyataan.. (dulu mase zaman sekolah asyik straight As, ni bila result yang bermacam corak, sangat la rase frustnya) takut nak hadapi kenyataan bermakna tak redha pada qada' qadar ALLAH tu.. second, bila rasa diri miss perfect, riak dan takabbur dan taknak perbaiki diri.. patutnya, cari apa kelemahan diri sendiri, belajar dari orang lain.. thirdly, takde keyakinan dan takde matlamat hidup yang jelas, maknanye kurang keyakinan kepada ketentuan ALLAH.. keempat, tak bersykur dengan nikmat yang dilimpahkan..dan kelima, rebellious menunjukkan yang awak tu ingkar dengan ujian ALLAH.. Astagfirullah, ya Allah, hambaMU ini sangat lemah Ya Allah..bimbinglah hambaMU ini dan tabahkanlah hatiku.. 

sebenarnye pikir jugak consequences dia.. takkan nak quit setelah 4 tahun penat lelah (masuk matrik sekali kira 4 tahun la sekarang) sikit je lagi nak habiskan.. kalau takde degree, ingat boleh dapat keje ke.. kalau tak keje, ingat boleh pakai Evo?? dan yang paling sedih, takkan nak hampakan harapan MaMa ngan AbaH and other family yang menyuruh AthIrah untuk bukak optometry outlet sendiri satu hari nanti.. maka dengan itu, perjuangan perlu diteruskan.. sekarang ni, belaja je betul2, graduate in style.. so that after this whatever you want to be, nobody can question it..

nama pun belajar.. memang la susah, mana ade yang senang kan..nak jadi pengacara TV pun kene ada ilmu jugak..  medical sudent 7-8 tahun belaja, layan jek.. ni result baru dapat sikit dah menggelabah.. ayat abang; "rilex la, laayaaaann..." so, wake up teerah.. teruskan perjuangan dan yakin lah bahawa ALLAH sentiasa menjanjikan yang terbaik..you 23 to be, you can think by yourself, what is good what is not.. (macam mane nak kawen tahun depan ni, perangai macam budak-budak lagi)----> tahun depan??? nak kawen ngan sape??? ade calon??? hahahah.. building the castle in the air..

hidup ni kene ada target dan impian.. barula ada sikap untuk memajukan diri sendiri.. betul tak..  AthIrah pun ada impian nak further study abroad sebenarnye.. nak sambung kat mana ek..University of Manchester---> boleh pegi tengok bola Man U kat old traford, ke BradFord, ke Glasgow?? to fina, adek kakak (Afiqah n Aqilah)---> nanti u all sambung la medic kat Aberdeen, so boleh kita bermastautin kat UK beramai-ramai...=) tapi abg ayish lak kate, kalau nak study kat oversea, kene kawen dulu.. ayat abg ayish; "takde sape nak jage ang kat sane" (kene cari hubby yang nak further study jugak la ni) eleh, ape susah, abg ayish kan nak sambung master jugak, ikut la dia sekali.. so abg ayish la jage..hehehe.. da stop mengarut, da pukul 1.10 pagi da ni..

conclusion dia.. sesiapa yang baca blog ni, jangan sekali-kali jadi macam the rebellious AthIraH.. tak dapat apa pun.. ni adalah pesanan yang selalu diberikan kepada teerah.. terima kasih kepada mereka yang yang sentiasa memberi ingatan kepada diri ini..

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah 2:286)

"...But it is possible that you DISLIKE a thing which is GOOD for you, and that you LOVE a thing which is BAD for you. But ALLAH KNOWS, and YOU KNOW NOT.." [Surah al-Baqarah, Verse 216]

nasihat dari seorang kakak dan senior.. sentiasalah memohon pertolongan kepada ALLAH, kerana ALLAH mengetahui segalanye.. (tq kak didi and br azuwan)
lagi apa nak tulis ni.. tiba-tibe blur..ok, time utk tido..  coretan ini adalah luahan hati yang sedang berkecamuk, ingin dikongsikan bersama agar sama-sama berusaha ke arah yang lebih baik..sempena bulan Muharam dan Maal Hijrah ni, marilah kita berusaha ke arah mendapatkan redha Ilahi, insyaallah.. correct me if i'm wrong..  kepada teman-teman, sangat mengharapkan semangat dan sokongan dari kalian, serta tunjuk ajar dalam menempuh dugaan yang mendatang.. semoga ALLAH merahmati kalian selamanya...

impian saya; berjaya dengan cemerlang pada masa hadapan, harapan saya; semoga saya lebih tabah dan gigih berusaha dalam meraih kejayaan..
impian dan harapan; we see, we think, we learn...

4 comments:

  1. tahniah ateerah...blog yg pastinya menjadi teladan bg semua pelajar Optometri...markah/pointer bukanlah segalanya,usaha tuh yang penting....

    ReplyDelete
  2. hey dear
    i think u alredy hv d answer for all the quetions dat hv been flying out of no where in ur mind tuu

    so, tekad kn semangat,gigihkn usaha, never gv up,bersangka baik pd Allah yg DIA PASTI AKAN TOLNG PERMUDAHKAN TUK KITA!!!!

    in d end, jd doktor ke x jd doktor
    jd optometrist ke x ke
    itu perkara no 2
    yg penting, kite jd hamba-Nya yg xpernah lupa bersyukur, jd sebaik2 insan ciptaan-Nya

    last but not least,
    u kno i'll always be there 4 u

    luv

    ReplyDelete
  3. t-rah,,,,, ex-ru8 matrix!
    dun give-up!!
    try ur best....
    speeding up ur study speed...^^

    believe in Allah and never loose hope..cause Allah is always by ur side! InsyaAllah

    chills teerah!

    p/s: klu g uia gombak gtau la =)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum teerah~hopefully sihat and ceria arini (^_^)...

    waah pjg sungguh entry kali ini..hihihi nak comment pjg pun xpndai sgt bab2 nasihat2 ni..tapi insyaAllah kita kongsi mane yg mampu..


    kawan teerah pun dh kate yg teerah dh pun listkan sebab2 timbulnya perkara ni and consequence nya..jadi i know u mmg dh fikir pjg pasal perkara ni..

    firtsly nak kate yg ujian/dugaan is not a bad thing if we look at it in a positive way...(i know ini mmg ayat skema)tapi pada sy mmg betul pun..yang izinkan ujian itu terjadi adalah Allah..Allah semestinya ada perancangan yg terbaik utk teerah..kalu xde ujian ur life will be monotonous...u tak kan jadi org yg kuat utk hadapi dunia luar(eg. dunia pekerjaan yg akan jumpa macam2 org macam2 perangai) if bukan sekarang berlatih utk jadi seorg yg sabar dan tabah bila lg?...betul x? ni pandangan sy la..hehehe

    secondly, kalu boleh teerah go thru sebab2 yg menyebabkan teerah down n x nk teruskan opto and buat solusi nye secepat mungkin..
    sebagai contoh(ni kita bagi je tau kalu x sesuai jangan ikut)
    lack of confidence nak deal w patient--->boleh cuba dengan kawan dulu..tnye soalan2 yg biasa korg akan tnye patient..bila deal dengan patient yg betul, senyum sentiasa n bercakap in a happy mood..supaya patient pun xde la rase x friendly sgt..i know bukan sng sbb patient ni mcm2 perangai tapi buat muka toye je..dh lame2 ok insyaAllah dah tau nak tnye ape,dh lebih friendly dgn patient time tu akan rase best sgt sbb dpt jumpa ramai org n dpt apply our knowledge in real life hehehe

    lepastu teerah rase penat sgt sbb kena ambil subject yg teerah tertinggal dulu kan? erm kalu rase x boleh bawak byk2 (sy xtau sistem uni malaysia mcm mne so mungkin teerah boleh bincang dgn dean or lecturer or kaunselor uni utk tau solution dia..hehehe mengarut je lebih sy ni..

    erm lagi satu teerah kate rase mcm sia2 usaha tp tgk result mengecewakan..jgn mcm tu.. yg penting kena ingat yg kita buat apa saje dlm hidup ni hanya kerana ALLAH..kalu tak itu lah perkara paling sia-sia yg kita buat sbb kalu x buat sbb Allah in the first place susah nak dpt pahala--> so ssh nak masuk syurga and jauh dari redhaNya..sia-sia hidup mcm tu sbb yg kekal is akhirat bkn dunia..yg Allah kira is usaha bukan hasilnya..

    jadi~ betulkan niat insyaAllah Allah akan tolong..apa2 pun perkara kembali kan kepada Allah..sebab kita hanya di taraf hamba hehehe..mungkin kita akan selalu lupa jadi selalu lah dekatkan diri dgn Allah, dgn kawan2 yg akan buat kita ingat Allah n x lupa selalu lah contact n berkongsi dgn family =)


    wah pjg sungguh sy bebel~ ok teerah gambatte ne!!!fighting! i know u can do it with the help and mercy from Allah..
    (yg penting apa yg sy tulis ni sy tujukan kt diri sy dulu hehehe)

    p/s: kalu nak kawen tggu ktorg balik dulu ea. hehehe
    Assalamualaikum~

    ReplyDelete