we colour our life

we colour our life

Wednesday, December 1, 2010

"Tak keluar dengan boyfriend ke....?"

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum...

Hari ni nak citer pasal insan bernama lelaki.. Sering kali diajukan dengan soalan "tak keluar dengan boyfriend ke..?" dan soalan itu sometime membuatkan diri rase macam rimas jugak la..pastu bila jawab.., "mana ade BF.." then orang yang bertanya tu pun cakap :"tak percaya lah.."dah tak percaya sudah.. what else i can say... hak individu nak percaya atau tidak..
what i want to clarify here is..the three important man in my life are; AbAH, AbaNG and AbG AyiSh..

pelik ke, pada usia 22 or 23 to be, keluar pergi shopping ke tengok wayang ke or jalan-jalan cari makan dengan abang???? pelik la jugak kot, biasenye 'girls' di usia ni suka hangout dengan kawan-kawan or yang ade boyfriend kuar dating bersama...but for me, aku suka je kalau keluar dengan abang pun.. macam baru-baru ni pegi Low Yat, nak beli external hard disk.. boleh je kalau nak drive sendiri.. tapi aku sengaja ajak AbANG suruh teman.. senang pun senang.. yela AbAnG yang drive, dia yang cari parking ape semua..(Low Yat tu kan sesak...da la jam, susah cari parking...hehe, alasan) biase je pegi shopping dengan abang-abang and AdeK cayang.. usually we all keluar 3 orang la, me, AbAng and AdEk..(abg ayish in japan of course) pastu, tengah-tengah teman abang shopping baju dia, ade la promoter baju tu tanya; "u all 3 orang ni adik-beradik ke, muka same..." jawablah dengan bangganya; "A'ah adik beradik" ( dalam hati berkata, da tau muka same, perlu tanya lagi ke) well, easy to recognize as 3 of us memang similar to each other, especially tang hidung tu.. semua sepesen jek..
kalau keluar dengan adik je pulak, mesti cakap; "kembar ke?" jawab; "tak la, adik beradik.."ade jugak orang suka tanye "kenapa adik awak lebih besar datipada awak?" (as she is taller than me) then, apakah yang aku perlu jawab...."dah dia nak tinggi, nak buat macam mana..tak pun, dah dia dapat genetik tinggi.. paling mengarut pun aku boleh jawab, dah dulu masa kecik-kecik, dia suka makan KoKO CrUncH, sebab tu la dia tinggi" (hahaha, tapi itu semua hanya terlintas dalam hati).. bila diajukan soalan macam tu, senyum plastik je la nak buat ape lagi..zaaasss, layannn..
sama ke muka saya dan AdeK...?


berbalik cerita, keluar dengan abang... i rase tak salah pun, keluar dengan mahram kan.. bukan ke tu lagi baik.. rasa selamat pun ade.. yela, ade bodyguard...termasuklah ATM bergerak, sebab semua kos ditanggung beres..hehe..pegi shopping dengan abg, pegi tengok wayang dengan abg-abg, gi jalan-jalan pun dengan abg-abg jugak...
acara canopy walk di FRIM


acara bergambar di PUTRAJAYA

kalau takde aktiviti sangat pun.. we all tengok TV bersama, layan la ape-ape DVD yang best or layan bola ke, or layan UlTraMan...haha..as living with two brothers, me understand man more than i understand woman myself..perempuan itu complex.. lelaki much simpler to understand..ada dua abang, dua orang yang berbeza.. so take that as a learning process to understand man more, for future .......

kalau orang bertanya; "kenapa takde BF?" susah la nak jawab soalan tu.. nak korek BF kat mana, dan bukannya ada jual kat GIANT pun.. masalah betul.. salah ke kalau takde BF? hidup je sampai sekarang.. ayat biase AbaNg; "bukannya tak makan nasi pun" . i do need a HuBBy, but not BF kot.. tipu la kalau kata tak penah ada BF.. pernah, dua kali.. puppy love la katakan.. pernah mengenali dua lelaki selain abang-abang, tapi kesudahannya putus di tengah jalan.. mungkin saya yang salah..mase tu masih belum dapat berfikir dengan matang, pantang je ade orang sayang sikit... mulalah gatal.. (miang la kau teerah) sekarang saya sedar, tak baik keluar dengan lelaki yang takde pertalian darah dengan kita. dalam islam pun tak boleh bermessage kalau takde ape yang penting.. penah sekali mase sibuk bercinta.. abang cakap kat adik dia ni.."tahu tak dosa anak lelaki ni banyak, bukan dosa dia je kene tanggung, dosa adik-adik perempuan dia lagi..." terasa seolah-olah diri ini akan mengheret abang ke neraka pulak.. Nauzubillah... sayangkan abg punya pasal, janji taknak ada BF da.. tetapi lelaki-lelaki itu telah banyak mengajar erti hidup yang sebenar.. cinta itu indah tetapi cinta itu juga mengundang pelbagai masalah.. waspadalah..

dan sekarang dah tak rasa nak bercinta ke ape ke, apa lagi nak ada BF.. pastu satu lagi masalah, sekarang ni sangat-sangat la rasa serabut atau rimas bila ada lelaki yang main HAI, main miscall-miscal...even bagi salam.. (sori salam tak bersambut, tapi saya jawab dalam hati) penyakit rimaskan lelaki ni bukan baru dalam diri Athirah, zaman sekolah dulu masa lower form, penah je ANTI BOYS...da besar sikit, baru boleh bercakap dengan lelaki..tu pun tak rapat sangat la.. tak percaya gak, ask Pijah xpun Fina.. they know better.. sekarang da masuk universiti pun bukannya rapat sangat dengan lelaki, orang-orang tertentu je yang boleh sembang-sembang dengan Athirah.. (if only i feel comfortable to be with him)..

tak dinafikan kewujudan lelaki di sekeliling itu penting.. yela, kalau kete i rosak ke ape ke, takkan nak call abang jugak.. mesti kena mintak tolong kepada insan bernama lelaki.. dalam groupwork pun, ada lelaki...so kene la bekerjasama dengan lelaki.. tapi sebagai kawan je la..kepada mana-mana lelaki yang menghulurkan salam perkenalan buat masa ini, maaf bukan tak sudi tapi serious saya tak reti nak berkenalan dan bersembang dengan lelaki yang saya tak kenal sebenarnya.. kepada lelaki juga, anda ada anak perempuan, adik perempuan atau kakak perempuan atau anak saudara perempuan, maka jagalah mereka sebaiknya.. bimbinglah mereka seadanya.. seperti lagu Dehearty: "bimbinglah wanita, dengan keimanan, bukannya harta atau kepujian" kerana wanita itu diciptakan dari rusuk lelaki.. "Bukan dari kaki untuk dialasi,Bukan dari kepala untuk dijunjung,Tapi dekat dibahu untuk dilindung,Dekat jua di hati untuk dikasihi"
itulah beratnya tugas lelaki... saya bukan seorang yang baik sangat pun, and i am not perfect but still learning dalam saat perjalanan adalah pencarian diri...bukan siapa-siapa yang layak untuk berkata, just from my point of view.. tapi hati ikhlas untuk berkata, sekadar untuk berkongsi bersama..correct me if i'm wrong

impian saya untuk bertemu dengan insan bernama lelaki yang boleh membimbing saya dan menyayangi saya suatu hari nanti who is called as a HUBBY,, saya berharap agar dapat berubah menjadi lebih baik di masa akan datang.. i quote from Mimi Salleh, artikel iluvislam; Bagi pembaca iluvislam.com, walaupun belum bertemu cinta, percayalah, apabila kita berubah menjadi diri kita yang terbaik, Tuhan akan buka laluan untuk cinta yang terbaik juga hadir. http://www.iluvislam.com/inspirasi/kembara-hidup/1226-cinta-itu-fitrah.html

abang-abang yang disayangi...thank you for teaching me, and thank you for loving me...=)


there are also lelaki yang hadir dalam hidup athirah who are my cousins, memerangkap abang-abang jugak..
alhamdullillah di atas anugerah itu..

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (Al-Insaan 76:2)

impian dan harapan; we see, we learn, we think...

5 comments:

  1. assalamualaikum wbt,

    teerah~ hihihi just wanna let you know yg kita bace blog teerah ni~ keep on writing dear~ suka baca tulisan yg reflect each single thing happened in her/his life dgn Islam (^_^)
    smoga kita sama2 dapat capai redha Allah itu dengan berusaha sungguh2 utk berubah kpd yg lbh baik

    ReplyDelete
  2. my name in there!!! blushing!!hehehe
    yups!nothing's wrong when we dun have a BF. but we do need a HUBBY however. and talking about jodoh, this thought always linger on my mind. am i good enuf to have da best man as my partner.. ? masih banyak yg perlu diperlengkapkan sebelum masing2 melengkapi each other. and having brothers, is just da best way to practice and learn more bout things dat we dunno(hehehehe exploitasi brothers!!).btw,aku xda org tnya lak bile kuar nge acik or along pasal "adik-beradik ke?". but they did asked these questions.
    "tuh BF adik ka??"
    and..
    "dtg ngan TUNANG ke??"

    haishh...garu kepala sudah....

    ReplyDelete
  3. ada bf atau xda,not a big matter..asalkan bahagia kan!!^_^

    ReplyDelete
  4. to adek kakak, pijah and zai...thank u very much sebab sudi comment...as a new bloggers, banyak lagi yang teerah kene blaja.... saje menulis ape yang reflect diri sendiri, then only kita akan muhasabah balik kan...that is why the theme is we see, we think, we learn..=)

    ReplyDelete
  5. lovess diz entry! (^__^)
    keep on writing dear~~

    ReplyDelete