we colour our life

we colour our life

Thursday, November 18, 2010

today's activities

hari ni 18 nov 2010..
Semalam, Hari Raya Aidiladha 1431H... disambut secara sederhana..just buat ketupat palas, rendang, nasi himpit kuah kacang n nasi minyak.. raye haji la ramai sedare datang umah, sebab diaorg tak balik kampung, al-maklum la, kampung kat p.pinang, cuti sehari jek...so beramai-ramailah beraya kat K.L ni..hehe.. tp sangat best la, sebab time ni la dapat jumpa sedara mara, baru berapa kerat.. kalau ikut family besar arwah tok ayah (Haji Abas Khalid) memang sangat ramai...da 3 generasi kot, anak sedare aku pun da berapa ramai ntah.. (ye ke anak sedara; i dengan mak dia sepupu, kalau i dengan anak diaorang pangkat mak sedare la kan) Bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala limpah rahmatNYA, aku masih dapat berjumpa sanak saudara. only abg Ayish in Nagaoka.
Today's activities...
hari ni masak udang celup tepung, ikan goreng sambal belacan, daging masak kicap... pastu pukul 3, bersama adik cayang pegi Wangsa Walk Mall, wangsa maju..

wangsa walk ni best gak la.. baru lagi, tempat dia pun luas, parking senang... ade wayang, bowling, gym...kononnya tadi nak pegi tengok Harry Porter pastu da pusing-pusing, cancel Harry Porter. sambil2 jalan tu, aku masuk la setiap optical outlet yang ada kat situ.. ade 6 kot, only 2 je yg ada optometrist..ni survey tuk posting time short sem nanti. (walaupun hati da tinggal 2 % left for optometrist, cari jugak la optometry outlet.., saje tinjau-tinjau nak cari balik ape yang best sangat opto ni). Pastu menghabiskan mase masuk Popular Bookshop... ni memang favourite aku la.. suke tengok buku2 yang banyak, macam2 dan pelbagai.. siap berangan, nak bukak franchise Popular gak...senang, rase nak buku ape-ape leh capai jek..i suka novel, buku agama, cars, photography, cooking, handmadecraft, interior design, landscape, semua la.. so, best kot ade kedai buku..

klu kat midvalley lagi best.. kagum tengok public kat situ bace buku berjam-jam lamenye.. betol la, wahyu pertama diturunkan pun, Nabi Muhammad s.a.w disuruh oleh malaikat Jibril dengan Iqra';bacalah..disuruh untuk membaca, kerana melalui membaca kita dapat ilmu..teringat lagu pulak "mari kawan, kita membaca..to gain knowledge, everyone has to read..."
after keluar dari popular, ingat nak balik , tak solat asar lagi ni... suddenly, hujan turun selebat-lebat alam, guruh dan kilat sabung menyabung...Ya Allah, takutnye nak pegi kat kete.. so, stuck la kat situ until 6.20.. bile da reda sikit, aku ngan adik pun membuka langkah seribu berlari ke kereta tanpa berpayung...nasib baik kete dekat, tapi dalam hati; aku berlindung kepadaMu Ya Allah... Memang Allah Maha berkuasa, dalam duk panas tadi, diturunkan hujan selebatnya..
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (A-li'Imraan 3:189)

No comments:

Post a Comment